ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

Petronas perkenal Primax RON 97

Oleh Helmy Abd Rahman

PETRONAS Dagangan Berhad (Petronas) memperkenal Petronas Primax 97, edisi minyak RON 97 yang dipertingkat dan mampu memberikan daya pecutan lebih tinggi dan pada masa sama menawarkan penjimatan kepada pengguna di lebih 300 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Petronas Primax RON 97 yang menggantikan RON 97 Primax 3 dirumus bersama bahan tambahan Sinar G07 yang dapat memberikan kuasa tambahan menakjubkan, sekali gus meningkatkan prestasi enjin.

Sama seperti Petronas Primax 95, minyak RON 97 baru itu turut diperbaharui dengan tiga ejen kimia aktif iaitu pengubah geseran (friction modifier) yang mampu melindungi komponen enjin, penambah baik pembakaran (combustion improver) untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan enjin dan pencuci minyak (fuel detergent) yang dapat mencuci serta mengekalkan kebersihan enjin bagi memastikan prestasi optimum kenderaan.


Hasil ujian beberapa badan diiktiraf dan persendirian, Prestasi Primax 97 terbukti mampu meningkatkan prestasi kenderaan.

"Hasil ujian di pusat menguji kenderaan Proton, Shah Alam mendapati kuasa dan prestasi pecutan kenderaan menggunakan Primax RON 97 mempunyai kuasa sehingga tiga peratus lebih banyak.

"Ujian prestasi penjimatan minyak di Millbrook Testing Centre, United Kingdom (UK) pula mendapati Primax RON 97 merekodkan sehingga 4.9 peratus penjimatan.

"Bagi ujian kebersihan enjin yang turut diadakan di pusat berkenaan yang menyaksikan keputusan sangat menakjubkan apabila Primax RON 97 memenuhi dan melepasi spesifikasi Euro 2M," demikian menurut kenyataan akhbar Petronas di Kuala Lumpur, semalam.

Selaras pelan pengembangan perniagaannya, Petronas bercadang untuk menawarkan Primax RON 97 di semua 900 stesen minyaknya di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

No comments:

Post a Comment