ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 2, 2010

Dunia Forensik

Lihatlah bagaimana mayat dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Ada dua klip video di sini untuk kita sama-sama fikirkan.

Video pertama


Video kedua boleh dilihat di sini.

Kalau kita boleh berfikir bila melihat video di atas nescaya kita akan insaf bahawa jasad hanyalah satu alat yang membawa roh. Setelah roh dicabut jasad tidak berguna lagi dan boleh diperlakukan apa sahaja. Yang akan dinilai dan diadili nanti ialah roh. Justeru itu pastikan roh diberikan makanan yang sempurna dan baik bagi menjamin kebahagian di akhirat nanti.

Ada orang yang dikurniakan Allah rupa yang buruk, cacat dan sebagainya tapi sentiasa dalam keadaan bertaqwa kepadaNYA. Di sisi Allah, dia adalah makhluk yang sempurna. Tapi berbeza dengan seseorang yang dikurniakan rupa yang cantik, kacak sebaliknya mempunyai hati yang busuk, iri hati dan jahat, di sisi Allah dia adalah makhluk yang cacat. Tapi alangkah indahnya kalau kita mempunyai kedua-duanya, rupa paras yang cantik dan sempurna ditambah pula dengan rohani yang bersih, sudah tentu kita akan menjadi orang dihormati baik di sisi manusia dan juga di sisi Allah swt.

No comments:

Post a Comment