ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 3, 2011

SELAMAT BERSUA KEMBALI...





ASSALAMUALAIKUM WBRT
SELAMAT BERTEMU KEMBALI



Friday, July 2, 2010

Untung bersih susut - Shamsul

Oleh SARAH NADLIN ROHIM


Shamsul Azhar Abbas membentangkan keputusan kewangan terbaharu Petronas di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak 23 peratus kepada RM40.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 berbanding RM52.5 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, penurunan tersebut disebabkan oleh permintaannya yang lemah dan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Ini merupakan kali pertamaShamsul membentangkan laporan kewangan selepas mengambil alih tampuk teraju Petronas daripada Tan Sri Hassan Marican pada Februari lalu.

Bagi tahun kewangan yang sama, Petronas turut mencatatkan penurunan perolehan sebanyak 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion berbanding RM264.2 bilion sebelumnya.

Shamsul berkata, kejatuhan tersebut adalah disebabkan penyusutan pada harga produk dan jumlah jualan yang rendah.

''Tahun kewangan yang baharu berakhir adalah tempoh sukar dan mencabar buat Petronas apabila dunia mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sejak kemelesetan teruk pada 1930 memberi kesan kepada industri minyak dan gas.

''Dengan perbelanjaan konsumer menjunam dan pengeluaran industri menurun, permintaan terhadap bekalan tenaga turut terkena tempias apabila ia menyusut buat pertama kali sejak tiga dekad lalu dengan berkurangnya permintaan terhadap minyak dan gas,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif Kewangan, Datuk George Ratilal, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Gas, Datuk Anuar Ahmad, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Pengeluaran dan Carigali Datuk Wee Yiaw Hin.

Shamsul berkata, dengan keputusan kewangan itu, bayaran royalti kepada kerajaan Persekutuan dan negeri turut berkurang sebanyak 22.2 peratus kepada RM57.6 bilion berbanding RM74 bilion pada tahun lalu.

Sehubungan itu, kata beliau, Petronas juga membayar cukai yang lebih rendah kepada kerajaan berjumlah RM10.7 bilion.

Shamsul menjelaskan, pembayaran royalti itu juga termasuk dividen sebanyak RM30 bilion, hasil petroleum sebanyak RM8.3 bilion dan duti eksport sebanyak RM0.6 bilion.

''Pembayaran dividen berjumlah RM30 bilion itu mewakili nisbah pembayaran dividen sebanyak 74 peratus pada tahun kewangan itu berbanding 57 peratus sebelumnya.

''Selain bayaran yang dibuat kepada kerajaan, Petronas juga terus menanggung subsidi bekalan gas kepada sektor tenaga dan bukan tenaga domestik sebanyak RM18.9 bilion, jatuh sedikit berbanding tahun sebelumnya berjumlah RM19.5 bilion,'' katanya.

Secara terkumpul Petronas telah menanggung subsidi berjumlah RM116.4 bilion sejak Mei 1997.

Mengulas tinjauan tahun kewangan semasa, Shamsul mengunjurkan keputusan yang lebih baik untuk tahun 2011 tetapi mengakui syarikat minyak negara berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kosnya.

''Petronas berada dalam keadaan selesa dengan keputusan kewangan yang dicatatkan untuk suku pertama pada tahun kewangan ini,'' kata beliau lagi.

Shamsul berkata, purata harga minyak mentah Malaysia dijangka berada pada paras AS$70 (RM224) hingga AS$80 (RM256) setong berdasarkan tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2011.

''Harga minyak mentah sepatutnya bergerak antara AS$70 hingga AS$80 untuk sepanjang tahun ini. Kami akan selesa dengan harga tersebut,'' katanya.

Shamsul berkata, Petronas juga memperuntukan RM40 bilion bagi perbelanjaan modal pada 2011 berbanding RM37 bilion sebelumnya, tambahnya.

Beliau menambah, bagi tahun kewangan 2010, pengeluaran minyak Petronas jatuh sedikit kepada 1.75 juta tong sehari berbanding 1.8 juta tong sehari pada tahun lalu.

Sunday, June 6, 2010

We won't sell KLCC"

Petronas' new chief, Shamsul Azhar Abbas, engaged the Editors for the first time yesterday afternoon at the Petroleum Club, KLCC. He marked his 100th day at the President and CEO of the national oil corporation on May 25.


Shamsul on Shamsul:
''I'm a Malay and proud of it ... I don't believe in spoon-feeding".
"We are Malaysians and ready to compete".

On the appointment of non-Malays at Exec VP level (Is it a deliberate and forced attempt at being 1Malaysia?):
"It's not 1Malaysia concept but a need to bring in industrial experience. (Their appointments) are based on competence. We need ideas to grow. External infusion".

On how transparent he's going to be:
"Even though Petronas is not a Plc, it does not mean that we can't behave like one ... in the name of corporate governance and transparency".

On Dr Mahathir:
"I bounce off ideas with Dr Mahathir (the Petronas adviser). So far I've been lucky with him".

On Omar Ong:
"The kind of questions he's asked at the Board is always penetrating and challenging. We've got an active board".

On his succession plans:
"The next CEO will come from inside Petronas. The Prime Minister says that's how it should be. The Advisor also wants it that way".

Monday, March 29, 2010

SUKBOM 2010 - TEAM GPPB


SALAM SEKERJA,

Kerteh,GPP A, 29hb Mac 2010 - Satu pertandingan Sukan Bomba yang lebih dikenali sebagai SUKBOM telah diadakan di Loji Memproses Gas GPPA.
Acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak HSE ini telah berjaya menarik 10 buah pasukan daripada GPP A dan GPP B. 2 pasukan dari GPP B telah turut menyertai SUKBOM 2010 tersebut.
Walaupun tanpa latihan yang kurang, kedua-dua pasukan ini telah menunjukkan satu komitmen yang baik bagi meneruskan pertandingan.
Acara pemakaian SCBA juga turut dipertandingkan dalam SUKBOM kali ini yang turut disertai oleh 2 peserta dari GPPB iaiti Che Adnan dan Mohd Ridzuan.
Semoga dengan acara yang disertai ini akan menampakkan dan menambah kemahiran individu jika menghadapi kecemasan di loji masing-masing.
Jumpa lagi untuk tahun akan datang.

Monday, March 22, 2010

CSR KE 4 OPERATION GPPB SEMPENA GROUP DYNAMIC AWAY DAY # 2


SALAM SEKERJA,

Alhamdulillah satu lagi Program CSR telah berjaya diadakan pada 22hb Mac 2010.

Program Corporate Social Responsibility yang lebih dikenali sebagai CSR
telah diadakan di Masjid Lama Bukit Kuang,Kemaman.

CSR kali ini telah disertai lebih kurang 60 kakitangan yang terpilih untuk mengikuti Program Group Dynamic Away Day kali kedua.

Kerja-kerja mengecat,membaiki tandas,menambun tanah,housekeeping dan memotong rumput telah berjaya dilaksanakan dibawah pengawasan pihak Jawatankuasa Masjid tersebut.
Sumbangan berbentuk hamper dan barang harian juga telah berjaya diadakan kepada penduduk setempat terdiri daripada orang miskin, warga tua dan ibu tunggal.
Semoga dengan kerjasama antara warga GPPB dan penduduk setempat akan dapat diteruskan lagi di tempat lain pula.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat.

Friday, March 12, 2010

AKSI TEAM B-HOLLAND



KEPUTUSAN TEAM B ( HOLLAND) 0-0 HRM ( ITALY )