Setiu 24/1/2010(Ahad) – Surau Mujahidin dan masyarakat setempat di Kg. Merang
hari ini bertuah kerana terpilih oleh Bahagian Operasi Logi GPP 5/6 ,
GPPB telah berjaya mengadakan satu gotong royong dalam program Corporate Sosial Responsibility -(CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat bertemakan "Bakti Dihulur, Kasih Disemai".

,bersih kipas syiling, bersih kawasan luar surau, bersih tempat wudhuk dan sebagainya.
Tepat jam 1.00 petang, majlis rasmi bermula yang dipengerusikan oleh Ustaz Muda bin Abdulah, beliau menjemput saudara Ustaz Mohd Pauzi bin Muda mewakili AJK Surau Mujahidin untuk berucap. Dalam ucapannya beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada GPP -B kerana memberi sumbangan kepada surau Mujahidin dan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan. Beliau juga mengharapkan bantuan seperti ini diperbanyakkan lagi untuk masa-masa akan datang.
Dalam ucapan Pengurus Besar GPPB, Tuan Haji Azimin Mat Lazim ,beliau menerangkan tujuan kedatangan kakitangan GPPBadalah untuk menyampaikan bantuan kepada surau Mujahidin dan memberi bantuan barangan harian kepada warga tua dan orang-orang susah. Sumbangan ini hasil sumbangan pekerja syarikat sebanyak RM 2000 dan tabung syarikat sebanyak RM6000, berjumlah semua sekali sebanyak RM8000. Hasil ini kite sumbangkan kepada surau Mujahidin dalam bentuk membaiki surau dan barangan dalaman surau seperti langsir, kipas dinding, karpet, speaker box dan cat surau.


Pada akhir program, majlis penyampaian bantuan barangan kepada 29 orang yang terdiri dari warga emas dan orang-orang susah di Kg Merang. Bantuan barangan seperti beras, minyak, gula, biskut dan gandum untuk diberikan kepada warga emas dan orang-orang susah. Rata-rata penerima bantuan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menghulurkan bantuan kepada mereka.
Semoga mendapat manfaat dan dikira sebagai amal baik di Sisi Allah SWT.Amin.
No comments:
Post a Comment