ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Friday, January 1, 2010


LAWAK UNTUK DIFIKIRKAN

kalau anda fikir anda masih islam…bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam bacalah…
kalau tidak……

Allah saja yang tahu…
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja…
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah…

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun…
lalu salah seorang lelaki tu bertempik ”

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah
itu utk menyelamatkan diri….

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”….
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah. ..

”Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… ”

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi….”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja…
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung…
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya….”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran”

“Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan
sampaikan kat orang lain…

berapa orang yang akan baca ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam

No comments:

Post a Comment