ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 8, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN


Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu. 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu: Ilmu pengetahuan Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. Amalan Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas. Kekayaan Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah. Hati Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah. Tubuh badan Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah. Cinta Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya. Masa Membazir jika tidak diurus sebaiknya. Akal Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama. Zikir Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. Wallahu'alam. semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

No comments:

Post a Comment