ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Friday, February 26, 2010

CATATAN PERJALANAN-KELONG ACHEH 24-25 FEB 2010 PART 1

SALAM SEKERJA,

Kelong Acheh,Endau Johor- Alhamdulillah pada seramai 18 orang kakitangan dan termasuk 3 orang sahabat dari luar menyertai trip ke Kelong Acheh.

Perjalanan bermula dengan berkumpul dan bersarapan di Kemasik pada jam 8 pagi.
Antara kakitangan yang turut serta adalah Pok Mang Dell,Wafi dan Fuzaimie, sedang menikmati sarapan pagi

Menaiki kereta yang sama adalah Ajay,Shahrul Hisham dam Mat Lel yang tinggal berdekatan.
Hj Wady ,Hj Nayon dan Fifi sedang mengira bajet yang akan digunakan sepanjang perjalanan yang dikongsi bersama peserta yang turut serta.

AMO,zamri Ayoh Mung dan Cheer sibuk sembang apa yang akan dilakukan apabila tiba di Kelong Acheh nanti.

Hj Nusuki,Lokman SMB,Abg Zaidi antara mereka yang menyertai rombongan.

Doa perjalanan yang dibaca oleh Hj Nusuki sedang diaminkan oleh peserta dengan khusyuk agar selamat sepanjang perjalanan semua.

Perjalanan bermula pada pukul 915 pagi dan tiba di jeti Pantai Penyabong lebih kurang jam 12 tgh.

Semua peserta tiba di jeti dengan selamat dan sempat makan tengahari di kedai berhampiran jeti sebelum bertolak ke Kelong menaiki bot yang mengambil masa hampir 15 minit.

Antara yang sempat di rakam sepanjang akiviti di Kelong Acheh.


Aktiviti di Pulau Acheh yang sempat dirakam

Bersambung.......

No comments:

Post a Comment