SALAM SEKERJA,
ALHAMDULILLAH SATU PROGRAM BACAAN YAASIN TELAH BERJAYA DIADAKAN DI FIELD PERSONAL BULDING (FPB)PADA 18 HB NOV 2009.MAJLIS DIMULAKAN DENGAN SEMBAHYANG ISYAK BERJAMAAH.
SETERUSNYA SEMBAHYANG HAJAT MEMOHON KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN SEMUA DAN LOJI.MAJLIS SETERUSNYA DI TERUSKAN DENGAN BACAAN YAASIN SECARA BERAMAI-RAMAI.
SETERUSNYA ACARA KEMUNCAK ADALAH TAZKIRAH YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH HJ OTHMAN BIDIN DENGAN TAJUK ISLAM,IMAN DAN TASAWUF.BELIAU BANYAK MENYENTUH TENTANG AMLAN DAN IKTIKAD KITA SETERUSNYA KEPERCAYAAN YANG SEBENARNYA BERPANDUKAN ALQURAN DAN SUNNAH.
SAUDARA WAN ROZAIMI YANG MENJADI WAKIL KEPADA JAWATANKUASA PROGRAM MUNAJAT PERDANA YANG AKAN DIADAKAN PADA 7 HB DIS 2009.MENYERU KEPADA KAKITANGAN ROTA 4 UNTUK MENGHADIRI PROGRAM TERSEBUT.
MAJLIS TAZKIRAH DIAKHIRI DENGAN UCAPAN YANG DISAMPAIKAN OLEH EN IRWAN ABD LATIFF YANG MENYENTUH MENGENAI PRESTASI DAN KEADAAN SEMASA SYARIKAT.
MENYERU SEMUA AGAR MEMBUKTIKAN MENGENAI KEISLAMAN YANG KITA AMALKAN AGAR DAPAT DITERAPKAN DALAM TUGAS DI LOGI.
TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH HJ OTHMAN BIDIN
Wednesday, November 18, 2009
Monday, November 16, 2009
MAJLIS PERPISAHAN POK JAK,GLUGOK,AGUS DAN SABRI HUSIN
SALAM SEKERJA,
ALHAMDULILLAH PADA 29 SEPT 2009 YANG LALU SATU MAJLIS PERPISAHAN POKJAK ( SHIF MANAGER ),ZAHARI GLUGOK (PANEL UTILITY ),AGUS ( PANEL PROSES ),GEE LABU (PROSES FIELD)
DAN SABRI HUSIN ( UFO ) SELAMAT DIADAKAN.MEREKA AKAN BERHIJRAH KE TURKMENISTAN.

MAT SAM PENGERUSI MAJLIS

UCAPAN WAKIL KAKAITANGAN -SAUDARA AMO

SEBAHAGIAN DARIPADA KAKITANGAN YANG HADIR, AGUS KELIHATAN

WAKIL PENGURUSAN DAN WAKIL KAPENAS ZULKOFLI JUSOH

GEE LABU-UCAPAN TERAKHIR

SABRI HUSIN-MEMBERI UCAPAN PERPISAHAN KEPADA SEMUA

ZAHARI @ GLUGOK SENTIASA SENYUM WALAU DALAM APA KEADAAN

AGUS PALING SENIOR AKAN KE TURKMENISTAN

WAN RAZAK @ POK JAK BERSEMANGAT MENGALUKAN KAKITANGAN UNTUK HIJRAH KE TURKMINESTAN
DIUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA YANG AKAN BERHIJRAH KE TURKMINESTAN DAN SEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGANNYA..
AMIN....

Saturday, November 14, 2009
KISAH BENAR SEKADAR BERCERITA
Gambar Hiasan.....
PETIKAN DARI :http://manzlie-makkah.blogspot.com/
Bismillah....Salam from Makkah...pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu...suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...
">Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis....insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam
Monday, November 2, 2009
10 Cara Melajukan Capaian Internet Anda

Oleh FAIZA ISMAIL
1. Defaultkan wallpaper anda, biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K/, default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.
2. Klik Start/Run dan taip msconfig. Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.
3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.
4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.
5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam, restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.
6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.
7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations, Play sounds, Play videos, Show pictures, Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network, di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced. Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No…Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.
9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.
10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Monday, October 19, 2009
Perlu Tahu Waktu Subur Wanita Dan Kitaran Haid

18 Oktober 2009
PETIKAN DARI:http://perantausetiu.blogspot.com/
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
**Sumber : maklumat diterima melalui email daripada KHAIRUL ANUAR ISMAIL dan SHAHBUDIN BASRI**
Tuesday, October 6, 2009
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)