ALBUM SAING2

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 29, 2010

SUKBOM 2010 - TEAM GPPB


SALAM SEKERJA,

Kerteh,GPP A, 29hb Mac 2010 - Satu pertandingan Sukan Bomba yang lebih dikenali sebagai SUKBOM telah diadakan di Loji Memproses Gas GPPA.
Acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak HSE ini telah berjaya menarik 10 buah pasukan daripada GPP A dan GPP B. 2 pasukan dari GPP B telah turut menyertai SUKBOM 2010 tersebut.
Walaupun tanpa latihan yang kurang, kedua-dua pasukan ini telah menunjukkan satu komitmen yang baik bagi meneruskan pertandingan.
Acara pemakaian SCBA juga turut dipertandingkan dalam SUKBOM kali ini yang turut disertai oleh 2 peserta dari GPPB iaiti Che Adnan dan Mohd Ridzuan.
Semoga dengan acara yang disertai ini akan menampakkan dan menambah kemahiran individu jika menghadapi kecemasan di loji masing-masing.
Jumpa lagi untuk tahun akan datang.

Monday, March 22, 2010

CSR KE 4 OPERATION GPPB SEMPENA GROUP DYNAMIC AWAY DAY # 2


SALAM SEKERJA,

Alhamdulillah satu lagi Program CSR telah berjaya diadakan pada 22hb Mac 2010.

Program Corporate Social Responsibility yang lebih dikenali sebagai CSR
telah diadakan di Masjid Lama Bukit Kuang,Kemaman.

CSR kali ini telah disertai lebih kurang 60 kakitangan yang terpilih untuk mengikuti Program Group Dynamic Away Day kali kedua.

Kerja-kerja mengecat,membaiki tandas,menambun tanah,housekeeping dan memotong rumput telah berjaya dilaksanakan dibawah pengawasan pihak Jawatankuasa Masjid tersebut.
Sumbangan berbentuk hamper dan barang harian juga telah berjaya diadakan kepada penduduk setempat terdiri daripada orang miskin, warga tua dan ibu tunggal.
Semoga dengan kerjasama antara warga GPPB dan penduduk setempat akan dapat diteruskan lagi di tempat lain pula.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat.

Friday, March 12, 2010

AKSI TEAM B-HOLLAND



KEPUTUSAN TEAM B ( HOLLAND) 0-0 HRM ( ITALY )

Thursday, March 11, 2010

BOLASEPAK INTER DEPARTMENT

PASUKAN POB 2 - HOLLAND on PhotoPeach
KERTEH, Keputusan perlawanan yang diadakan pada 10hb Mac 2010 antara POB 2 ( Holland ) berkesudahan 0 - 0 dengan HRM ( Italy ).

Permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan yang bertanding dalam kumpulan B.

Tiga peluang gol telah disia-siakan oleh POB 2 dalam perlawanan kelmarin.

Semoga dapat mengemas posisi masing-masing dalam perlawanan yang akan datang pada 17 hb Mac 2010.

Wednesday, March 10, 2010

AKSI AKSI MENARIK BOLASEPAK INTER DEPARTMENT

AKSI GERMANY VS ITALY on PhotoPeach

KEPUTUSAN : GERMANY ( POB 1 ) 5 - 1 ITALY ( ET )

KERTEH,9hb Mac 2010 - Pasukan POB 1 - GERMANY telah berjaya mengalahkan pasukan BRASIL ( ET ) 5 -1 , dalam pertemuan pertama Kejohanan Bolasepak Inter Depaetment yang bermula 7 Mac sehinggan 31 Mac 2010.

Pasukan POB 1 terdiri daripada pemain senior dari Operation dan satu lagi pasukan POB 2 ( HOLLAND ) akan menentang ITALY ( HRM ) pada 10 hb Mac 2010, yang terdiri daripada kebanyakan pemain junior.

Marilah kita bersama memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan agar mendapat kejayaan.

PEMAIN PASUKAN GERMANY-POB1 on PhotoPeach



Tuesday, March 9, 2010

BOLASEPAK INTER DEPARTMENT 2010


zaman kegemilangan GPPB

GERMANY

  1. Aseng
  2. Din comel
  3. Peja Jr
  4. Jenal
  5. GG
  6. W.Din
  7. Ello
  8. M.Zian
  9. Mi kasa
  10. Lias
  11. Arif Bolok (C)
  12. Pokmang
  13. Ise (E2)
  14. Muslim
  15. Sepol
  16. John
  17. Arep
  18. Midi
  19. Onie
  20. Syed
  21. Hishamudin
  22. Romi
23. Romainor(E2)


- 1st game - GERMANY vs Brasil (ET) - 09/03/2010-selasa

==================================================


HOLLAND

1. Lala

2. wafi

3. Amiz

4. Jemang

5. M.Kedah

6. Apek

7. Zik

8. Mitayo

9. Ikhwan

10. T.sam

11. Sa

12. De'6

13. Ijam

14. Peja Sr.

15. Mi kangaq (C)

16. Hj.A Jalil (E2)

17. Kumin

18. Semut

19. Fadli

20. Yupi

21. Lukman smb (E2)

22. M.nor



-1st game -HOLLAND vs Italy (HRM) (10/03/2010) - rabu

for further info pls find at facebook @ geng operation b

Friday, March 5, 2010

EPF umum dividen 5.65 peratus bagi 2009

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dengan peningkatan sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada tahun 2008.

Kadar dividen itu diumumkan setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion, yang merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion pada 2008.

“2009 merupakan tahun yang penting bagi KWSP kerana berjaya keluar dari krisis kewangan global. Walau pun KWSP terus berdepan dengan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan, pelaburan KWSP berupaya memberikan prestasi yang kukuh pada tahun itu,” kata Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman.

Pada tahun yang dikaji, sebanyak 72.53 peratus pelaburan dilaburkan dalam Instrumen Berpendapatan Tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah yang diamalkan KWSP, sementara 27.05 peratus dilaburkan dalam pelaburan ekuiti dan selebihnya dalam hartanah.

Setakat 31 Disember 2009, portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada 2008.

Mengenai prospek 2010, Samsudin berkata: “Prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global."

Beliau berkata keadaan pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberikan kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP.

"Kami akan terus memberikan tumpuan kepada matlamat utama KWSP melindungi simpanan ahli dan memberikan pulangan nyata yang munasabah,” kata Samsudin.

- Bernama

Wednesday, March 3, 2010

Petronas Gas Q3 profit soars

PETALING JAYA: Petronas Gas Bhd’s net profit for the third quarter ended Dec 31 rose 62% to RM266.47mil from RM164.06mil a year earlier mainly due to lower cost of revenue, it said in a statement yesterday.

Its revenue, however, fell 2.6% to RM810.89mil from RM832.87mil on lower throughput revenue. Basic earnings per share for the third quarter rose to 13.47 sen from 8.29 sen previously.

TA Securities analyst Kaladher Govindan said the company’s earnings were within expectations.

“Earnings for the first three quarters were within 77% of our full-year forecast of RM958.1mil,” he told StarBiz.

Petronas Gas’ net profit for the nine months surged to RM739.5mil from RM666.9mil a year earlier while revenue dipped to RM2.42bil from RM2.48bil.

The company said while revenue prospects for the gas processing and transmission business would be dependent on demand for gas and upstream gas production levels, the margin for the gas processing and transmission business would not be impacted.

It added that prospects for the utilities business would depend on the pace of economic recovery.

“Any variation in the gas price will be reflected in the pricing to customers,” it said.

Kaladher said the prospects for Petronas Gas looked promising. “With the improving economy, industrial demand will pick up.”


Tuesday, March 2, 2010

CSR ROTA 4 @ SURAU KG SERENG,BKT BESI


SALAM SEKERJA,

ALHAMDULILLAH SATU LAGI PROGRAM CSR MELIBATKAN KAKITANGAN GPPB TELAH BERJAYA DIADAKAN PADA 28HB FEBRUARI 2010.

SERAMAI HAMPIR 70 ORANG KAKITANGAN TERLIBAT DALAM PROGRAM CSR DI SURAU KG SERENG,BUKIT BESI INI,YANG JUGA MELIBATKAN KELUARGA MASING-MASING.

ACARA CSR BERMULA DENGAN MEMBERSIH KAWASAN SURAU,MENGECAT,MEMOTONG RUMPUT,TUKAR KARPET DAN LAIN-LAIN.



SELAMA HAMPIR 3 JAM CSR DI SURAU TERSEBUT SELESAI,SEMUA KAKITANGAN DAN KELUARGA PULA MENUJU KE TASIK PUTRI,BKT BESI BAGI ACARA SUKANEKA YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK DAN IBU-IBU.


CABUTAN BERTUAH JUGA TURUT DIADAKAN BAGI MEMERIAHKAN LAGI ACARA CSR KALI INI.
SETERUSNYA SEMUA YANG HADIR DIHIDANG DENGAN MAKAN TENGAHARI GULAI KAWAH YANG DISEDIAKAN OLEH PENDUDUK KG SERENG.


SEMOGA BERJUMPA LAGI DI PROGRAM CSR YANG LAIN PULA.

BAKTI DIHULUR,KASIH DISEMAI